Sunday, March 30, 2008

Orang Bilang "Nasib Baik...kalau tidak..."


Cubalah kita fikirkan apakah kemungkinan yang akan berlaku jika pada malam 080308 tempoh hari, diumumkan BN tewas kepada kumpulan yang mengelarkan diri mereka BA+DAP atau di kalangan bloggers...Barisan Rakyat jika kita ambil keadaan di Perak sebagai rujukan...??


Tidak dapat dibayangakan....


Tapi cuba kita bayangkan sebentar...


1/. Siapakah agaknya yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri (PM)...? Tentunya bukan Anwar Ibrahim sebab dia tidak bertanding...


> Aku bayangkan...kebingungan pasti melanda di kalangan pemimpin politik berkenaan...mungkin Lim Kit Siang...mungkin Hj Hadi...mungkin juga Wan Azizah....justeru Orang Bilang..."Nasib Baik...." BN menang...


2/. Bagaimanakah agaknya Barisan Kabinet Negara selepas PM angkat sumpah?..


> Soalan ini mungkin mudah dijawab berbanding soalan pertama namun jika PERAK dijadikan rujukan, pasti timbul keBINGUNGan juga sebab ramai pemimpin berkaitan yg bertanding di DUN dan Parlimen terpaksa menjaga satu kerusi sahaja...ATAU kah mungkin ada yg jadi CM dan ada juga yg akan jadi Menteri Pusat...Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng contohnya? Orang Bilang.."Nasib Baik..." belum menang peringkat pusat.


3/. Apa cerita mereka2 yang di negeri dimenangi oleh BN, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka & Negeri 9....agak2nya akan ada yang dalam tempih tersebut akan beralih arah ke kem satu lagi?


> Kemungkinan besar Sabah dan Negeri 9 adalah pasti...chewah...betul kah? Nasib Baik...kan?


Justeru, keadaan ini sebenarnya adalah satu rahmat untuk NEGARA kita kerana dari satu sudut, memberikan peluang kepada Anwar dan angkatannya untuk menggelarkan diri mereka Kerajaan Dalam Penantian manakala Abdullah Badawi pulak akan lebih berusaha untuk memikirkan langkah seterusnya dalam merangka tindakan yang perlu di ambil.


Ke-2-2 kem ini mungkin berkata dalam hati mereka...NASiB BAIK...


Agaknya, apa komen anda....?


Apa yang pasti, JANGAN KUMPAU tau...

Pindah....

Bah, apa sudah jadi sama YB Ghapur (Kalabakan)? YB Anifah Aman (Kimanis) pulak apa cerita sudah ni....?

Aku dengar YB Dompok pun mau juga resign sama si YB Shafie Apdal (Semporna) tapi masih ndak berani lagi sebab masih tunggu-dan-lihat perkembangan yg ngam sama kepala...

Cuba konon, sapa yg ada info...kasi post lah di sini

Jangan Kumpau tau...

Saturday, March 29, 2008

Salam Permulaan

Sejak akhir-akhir ini, semakin terserlah sifat-sifat KUMPAU dari kalangan orang-orang parti politik tertentu dan ditakuti keadaan tersebut akan menjadi lebih terok...maka, kelahiranku kali ini lebih merupakan kesan dari nya..Justeru, aku pun mau juga ucapkan terima kasih TETAPI perasaan 'jengkel'ku lebih menjadi punca mengapa aku lahirkan blog JANGAN KUMPAU ini..

Dengan itu, sebagai pembuka tirai kepada semua bloggers dan sesiapa saja warga internet...pesanku adalah...

J.A.N.G.A.N K.U.M.P.A.U

bah..